sejenak bersama rasasayang79


Penulis menggunakan perisian pembaca skrin yang dikenali sebagai JAWS untuk membantunya menulis dan mengendalikan komputer. Walaupun penulis menghadapi masalah dalam penglihatan (BUTA PENUH), tetapi dengan adanya pembaca skrin ini ianya cukup membantu. Pembaca boleh menyusur jalur kisah hidup penulis serta mengetahui dengan lebih lanjut mengenai pembaca skrin pada ruangan DETIK BERMULA dan TEKNOLOGI UNTUK OKU.

**sila gunakan mozila firefox untuk paparan lebih baik**


banyak lagi artikel.. klik jer..

PPSMI dimansuh tiga tahun lagi



PPSMI akhirnya diputuskan untuk dimansuhkan menjelang tahun 2012. Maknanya masih ada tiga tahun lagi untuk dasar kontroversi itu ditamatkan di sekolah.

Keputusan yang saya kira adil kepada semua peringkat. Adil dalam keadaan semasa. Manakala untuk-untuk tahun sebelumnya..
..



PPSMI dimansuhkan mulai 2012
Jul 8, 09 1:05pm
kemaskini 2.45pm

Dasar kontroversi Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dimansuhkan sepenuhnya tiga tahun lagi, demikian diumumkan menteri pelajaran.

Pengumuman Tan Sri Muhyiddin Yassin itu, susulan keputusan mingguan jemaah menteri pagi ini, dibuat jam 2.30 di kementeriannya di Putrajaya.

Di sekolah kebangsaan, bahasa Melayu akan menggantikan bahasa Inggeris untuk mengajar Sains dan Matematik, sementara sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil akan menggunakan bahasa ibunda masing-masing.

Pemansuhan itu dijalankan berperingkat-peringkat sehingga semua pelajar yang terlibat dengan dasar itu tamat peringkat masing-masing.

Dasar yang diperkenalkan sejak 2003 itu mendapat semakin banyak bantahan, khususnya sejak awal tahun ini apabila sekumpulan aktivis bahasa berjaya menggerakkan ribuan orang berarak ke Istana Negara


baca seterusnya dari Malaysia kini





kembali ke laman utama

komen pembaca, anda bila pula?

TV / Radio Online